Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Julia jelaskan sebab bela Julio lepas sakan dikecam
Diterbitkan:  Feb 9, 2022 9:55 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

Gara- gara kecaman hebat yang diterimanya, Julia Farhana terpaksa memberi penjelasan berhubung tindakannya memelihara anjing.

Kata pelakon itu, dia dan keluarganya memelihara anjing diberi nama Julio itu kerana simpati dengan nasib haiwan berkenaan yang ditinggalkan kerana mengalami penyakit kulit.

“Saya dan keluarga memutuskan untuk memelihara anjing itu. Kami sudah biasa melatih anjing. Ketika membesar di Australia, ibu bapa saya membela empat ekor anjing. Semua terlatih.

“Dalam video, perasan tak yang dia tak sentuh Ju langsung, dia takkan jilat dan bukan jenis anjing yang berliur,” katanya di Instagram.

Kongsinya lagi, Julio dipastikan tidak berkeliaran di dalam rumah sebaliknya hanya dibenarkan berada di beberapa kawasan tertentu yang dikhaskan.

“Seperti saya katakan, bilik saya bersambung dengan pintu taman, paling dekat, jadi dia ada akses. Selain daripada itu, tak ada akses,” katanya.

Menurut Julia lagi, Julio turut dilatih agar tidak kencing merata- rata selain dipakaikan pampers dan bahan buangan anjing tersebut akan diuruskan oleh pembantu rumah bukan Muslim.

Tahu tanggungjawab Muslim

Bahkan katanya, anjing itu juga cukup terlatih agar tidak mendekati mereka sekeluarga tanpa keperluan berbuat demikian.

“Itu bukan isu bagi saya dan keluarga kerana dia (Julio) cukup terlatih.

“Ia tak akan jilat kami, tak akan sentuh. Pembantu peribadi (PA) saya yang Muslim pakai tudung pun dia tak pernah sentuh sebab dia (Julio) tahu sendiri yang dia tak boleh sentuh,” katanya.

Sementara itu, Julia menafikan dakwaan ibu bapanya gagal membesarkan anak-anak dengan didikan Islam.

Katanya, dia bukan seorang yang hipokrit dan memahami tanggungjawabnya sebagai seseorang yang beragama Islam.

“Saya tahu tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan saya nak jaga hubungan saya bukan saja dengan manusia tapi dengan semua kehidupan, haiwan, alam dan sebagainya.

“Saya selamatkan seekor anjing dan kami menyayanginya walau apa cara sekali pun.

“Sama seperi makhluk lain, Julio berhak disayangi, diterima dan dilayan dengan betul kerana ja berhak mempunyai tempat berteduh dan keluarga yang menyayangi,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS