Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lata Mangeshkar meninggal dunia, India berkabung dua hari
Diterbitkan:  Feb 6, 2022 3:29 PM
Dikemaskini: 11:53 PM

Legenda dunia hiburan India, Lata Mangeshkar, menghembus nafas terakhirnya di sebuah hospital di Mumbai, hari ini. Dia berusia 92 tahun.

Penyanyi yang pernah mendendangkan ribuan lagu itu dimasukkan ke wad untuk rawatan akibat Covid-19 pada Jan lalu. Bagaimanapun sejak itu kesihatannya semakin merosot dengan pelbagai organnya mengalami kegagalan.

Media India melaporkan, dia diberikan alat bantuan hayat sejak semalam selepas keadaan kesihatannya kian merosot.

Times of India melaporkan pada peringkat awal dirawat dulu, Lata memang bergantung kepada alat bantuan pernafasan selama beberapa minggu sebelum ia ditanggalkan apabila keadaan kesihatannya semakin baik pada 28 Jan.

Sepanjang tempoh menghiburkan jutaan orang di seluruh dunia selama lebih separuh abad, Lata sudah mendendangkan 30,000 lagu.

Kerajaan India hari ini mengumumkan perkabungan seluruh negara selama dua hari dan bendera pula akan dikibarkan separuh tiang.

Lata juga akan diberikan pengebumian negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS