Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Video kereta dinaiki Vanessa Angel terpelanting kini tular
Diterbitkan:  Feb 5, 2022 5:47 PM
Dikemaskini: Feb 8, 2022 1:36 PM

Perbicaraan melibatkan kemalangan yang mengorbankan Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Ardiansyah, disambung di Mahkamah Jombang, Jawa Timur, dengan pemandu kenderaan terbabit, menjadi tertuduh.

Dalam perbicaraan itu, detik-detik kecelakaan menimpa pasangan terbabit ditayangkan. Ia disedut daripada rakaman litar tertutup (CCTV) yang ada di kawasan berkenaan.

Ia kemudian menjadi tular di media sosial.

“Rakaman CCTV detik-detik kecelakaan VA (Vanessa Angel) dimainkan ketika perbicaraan Jody,” tulis akaun @Lambehofficial.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan bagaimana kenderaan berwarna putih dipandu Joddy secara laju di lebuh raya Jombang sebelum terbabas ke kiri dan kemudian merempuh pembahagi jalan.

Selepas terbabas, kenderaan dinaiki lima penumpang itu terpelanting beberapa kali dan terhenti pada arah berlawanan.

Joddy yang memakai baju berwarna kuning hanya mampu melihat kejadian itu dengan pasrah.

Terdahulu, pemandu itu mengaku bermain telefon genggam sebelum kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan.

Dia turut mengakui menggunakan telefon beberapa kali hingga berlaku kemalangan maut membabitkan majikannya itu pada 4 Nov tahun lalu.

Salah satu perkara dilakukan Joddy adalah menghubungi orang tuanya pada jam 11.55 pagi, iaitu sejam sebelum waktu kemalangan.

Bukan setakat itu, Joddy juga dipercayai memuat naik beberapa Insta Story di akaun Instagram miliknya.

Untuk rekod, perbicaraan Joddy itu diadakan secara maya.

Menjengah ke ruangan komen, hukuman ke atas Joddy juga dinanti-nanti oleh warga maya.

“Al-Fatihah untuk almaryarham dan semoga Jody boleh belajar daripada kesilapan,” kata seorang pengguna Instagram.

Seorang lagi pengguna berkata: “Kerana peristiwa ini, Dodot jadi superstar.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS