Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Vida sebak mohon maaf pada Anuar Zain lepas dianggap biadab
Diterbitkan:  Jan 27, 2022 2:35 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Selepas mencetuskan kontroversi sehingga dianggap biadab, usahawan Hasmiza Othman atau Vida membuat permohonan maaf pada Anuar Zain kerana mendakwa penyanyi itu gay.

Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anuar dan kakak penyanyi itu, Ziana, melalui perkongsian video berdurasi satu 1.49 minit yang dimuat naik di Instagram miliknya malam tadi.

“Saya mohon maaf atas kekhilafan, atas kekeliruan, atas mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain, saya mohon maaf banyak- banyak.

“Saya tak bermaksud, saya tak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja.

“Saya tak boleh recall (ingat) balik apa yang saya cakapkan kerana benda dah lama. Baru sekarang muncul.

“Jadi, apapun saya minta maaf kerana saya tak berniat langsung dan saya sangat-sangat meminati Anuar Zain," katanya dalam nada sebak.

Vida turut berharap dia dapat bersemuka Anuar secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf tersebut.

Semalam Malaysiakini melaporkan Vida dikecam teruk netizen susulan kenyataan selambanya yang mendakwa penyanyi Sedetik Lebih itu seorang gay atau menjalinkan hubungan songsang.

Dakwaan itu dibuat Vida melalui video dimuat naik di TikTok. 

Video berdurasi kurang 15 saat itu memaparkan Vida diminta seseorang untuk memikat Anuar bagi dijadikan suami.

Bagaimanapun, jawapan balas penyanyi I Am Me itu kepada permintaan itu mengundang marah Ziana.

“Sangat biadab,” kata Ziana yang menyifatkan kelakuan dan tindakan Vida sangat keterlaluan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS