Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Radhi berazam jadi anak soleh demi janji kepada arwah ibu

Mengakui melihat bagaimana pemergian arwah ibunya membuat dia tenang, Radhi OAG berkata, ada pesanan dititipkan wanita itu yang kini disemat dalam dada.

Tekal untuk melunaskan impian terakhir Allahyarham Fatimah Wee Abdullah @ Georgina Wee sebaik mungkin, Radhi menjelaskan, ibunya itu ingin melihat dia menjadi seorang anak soleh.

“Alhamdulillah mak pergi dalam keadaan yang tenang. Saya orang terakhir yang ajar dia ucap kalimah syahadah.

“Saya ajar perlahan-lahan dan ketika itu air matanya meleleh. Itu babak yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Dulu saya selalu menangis tengok dia sakit," katanya.

Sebelum pergi buat selama-lamanya, kata Radhi, ibunya itu meninggalkan pesan yang akan dipegangnya sentiasa.

“Antara peringatan buat saya ialah dia nak saya jadi anak yang soleh. Insya-Allah, saya akan cuba kotakan nasihat itu,” katanya.

Pemilik nama sebenar Mohd Radhi Razali itu berkata, ibunya yang berusia 66 tahun itu turut menyuruhnya menghindari dadah dan apa saja perkara tidak berfaedah.

“Seks dan dadah yang saya biasa buat dulu, dia suruh tinggalkan,” katanya.

Saiz baju memang sama

Radhi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Sudut Produk Selebriti & Amirul Grocer cawangan Shah Alam di Seksyen 15 Shah Alam baru-baru ini.

Untuk rekod, Radhi kehilangan Fatimah selepas 40 hari dia berdepan berita dukacita berkenaan pemergian abangnya, Termidzi Razali, pada 14 Jan lalu akibat kanser usus.

Malaysiakini sebelumi ini melaporkan, Radhi berusaha melangsaikan hutang kos rawatan hospital arwah ibunya sebanyak RM18,000 menerusi konsert amal yang akan diadakan Mac ini. 

Berkongsi kisah itu, Radhi berkata, hubungan dengan ibu memang rapat sejak kecil.

Pada kebanyakan masa hingga ketika membuat persembahan konsert, jelasnya, dia tidak segan untuk menyarung pakaian Fatimah ke mana-mana.

“Tengoklah.. Saya sedang pakai baju arwah mak saya. Pakai cincin dia. Saya memang kongsi baju dengan arwah. Saiz baju kami sama.

“Kalau kalian perasan sebelum ni, waktu saya buat persembahan pun, saya memang akan pakai baju dia.

“Itu menunjukkan betapa rapat hubungan kami sebagai ibu dan anak,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS