Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ahmad Dhani kena marah tak pakai pelitup muka di lapangan terbang Turki
Diterbitkan:  Jan 20, 2022 11:55 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani ditegur seorang petugas di lapangan terbang Turki kerana tidak mematuhi arahan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Ahmad Dhani dan keluarganya sebelum ini meluangkan masa bercuti bersama keluarganya di negara itu

Hal itu dibongkarkan anaknya, El Rumi melalui melalui video dimuat naik di platform YouTube Maia AlElDul TV.

“Dimarahi, dimarahi. (Walaupun) kebanyakan tempat dilawati di Eropah sudah lebih santai (tak mengenakan arahan memakai pelitup muka),” kata El.

Ahmad Dhani kemudian memberi respons bahawa dia memahami teguran petugas terbabit.

“Mereka hanya jalankan tugas,” katanya.

El pada masa sama mengingatkan bahawa walaupun sudah banyak lokasi di Eropah tidak mengenakan peraturan pemakaian pelitup muka, orang ramai masih perlu mematuhi arahan itu di lapangan terbang.

“Kita harus memakai pelitup muka ketika di lapangan terbang tetapi di bandar-bandarnya tak perlu kerana di Eropah kebanyakan sudah seperti itu dan AS juga begitu,” katanya.

Sebelum ini, timbul dakwaan Ahmad Dhani dan keluarganya ingkar arahan untuk kuarantin kendiri sekembalinya mereka dari Turki dan Dubai pada 3 Disember tahun lalu.

Namun, dakwaan itu dinafikan Ketua Pegawai Polis Daerah Metro Jaya, Endra Zulpan yang menyatakan keluarga berkenaan telah menjalankan kuarantin di vila peribadi mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS