Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Meski berstatus selebriti, Khai tetap gemar guna pengangkutan awam

Meskipun sudah enam tahun berstatus selebriti, Khai Bahar mengakui dia lebih selesa menggunakan pengangkutan awam berbanding memandu kenderaan peribadi.

Kata penyanyi itu, buat masa ini dia tidak melihat ada keperluan untuknya membeli kereta baru kerana dengan masih selesa menggunakan LRT jika mahu ke mana-mana.

“Ya, betul, peminat pun memang tahu saya naik LRT. Ada saya kongsikan video dalam Instagram peminat.

“Saya tak ada kemahuan nak beli kereta sebab tak tahu untuk apa atau mahu pergi ke mana.

“Biasanya, jika ada keperluan penting seperti atas urusan kerja, pengurus yang selalu menawarkan diri untuk menjemput atau saya menaiki Grab,” katanya.

Malah sekiranya ingin pulang ke kampung, pemilik nama penuh Muhammad Khairul Baharuddin itu berkata, dia akan menggunakan tren KTM.

“Perjalanan ke Perlis ambil masa sekurang-kurang lima jam untuk sampai. Dah biasa pulang ke kampung naik kereta api,” katanya.

Mahu buat yang terbaik

Khai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran Konsert Nafas Cinta yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Pada konsert itu nanti, dua orang penyanyi wanita iaitu Adira Suhaimi dan Aina Abdul diundang sebagai penyanyi jemputan.

Sebagai seseorang yang gemar bersederhana, Khai, 27, menjelaskan sebenarnya dia tidak suka melakukan sesuatu yang merenyahkan.

“Saya seorang mudah. Misalnya bagi saya naik kereta api lagi senang daripada kapal terbang.

“Nak ke lapangan terbang dah makan masa, sampai di sana kena tunggu lagi, sudahnya sama saja. Tetap lima jam juga tempoh perjalanan tu jadinya nanti,” katanya.

Sementara itu, mengulas Konsert Nafas Cinta yang akan berlangsung 12 Feb ini, Khai berkata, ia menebus kekecewaannya konsert sulungnya yang terpaksa dibatalkan sebelum ini.

“Saya anggap begitu (tebus kekecewaan). Tapi saya anggap ni semua rezeki. Kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku.

“Biarlah saya buat yang terbaik untuk Nafas Cinta tu nanti. Insya-Allah saya akan buat yang terbak,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS