Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelakon siri komedi Full House meninggal dalam bilik hotel
Diterbitkan:  Jan 10, 2022 10:02 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Pelakon AS yang terkenal dengan siri sitkom televisyen Full House ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Orlando, Florida, menurut Reuters yang memetik kenyataan pejabat Sherif Orange County di Twitter semalam.

Bob Saget yang paling dikenali dengan watak Danny Tanner - ayah periang yang gilakan kebersihan dalam siri Full House itu - meninggal dunia pada usia 65 semalam, menurut TMZ.

Bagaimanapun setakat ini punca kematian Saget tidak didedahkan.

Pejabat Sherif mengesahkan kematiannya hari ini dan menambah pihak berkuasa "tidak menemukan sebarang tanda perbuatan khianat atau penggunaan dadah" dalam kematian tersebut.

Beberapa jam sebelum menghembus nafas terakhirnya Saget membuat persembahan komedi berdiri (stand up comedy) di Florida.

“Saya sukakan persembahan malam ini @PV_ConcertHall di Jacksonville,” ciapnya pada awal pagi semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS