Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aliff lega dapat mohon maaf sebab 'takut umur tak panjang'
Diterbitkan:  Dec 30, 2021 10:44 AM
Dikemaskini: 2:44 AM

Usahawan kosmetik dan penyanyi Aliff Syukri sempat memohon maaf kepada selepas disahkan dijangkiti Covid-19 tahap tiga.

Mengumumkan keadaan kesihatannya melalui media sosial Aliff berkata dia berada di tahap tiga dan apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada sistem pernafasannya.

Menurut Aliff, dia memohon maaf itu kerana bimbang umurnya "tidak panjang" selepas mungkin pernah menyakiti sesiapa.

"Kepada semua sahabat dan kenalan dikasihi, atau sesiapa saja yang mengenali, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti.

"Maaf sekiranya pernah terkasar, mengumpat dan termakan sama ada sengaja ataupun tidak.

"Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf pada semua, takut umur tak panjang," tulis Alif.

Pengesahan dijangkiti Covid-19 itu berlaku selepas Aliff kembali dari percutiannya di Turki baru-baru ini.

Dia ke negara berkenaan bersama isteri, anak-anak dan ibunya.

Sambil meminta peminat dan pengikut di media sosial untuk mendoakannya, Aliff memberitahu dia sedang dirawat di sebuah hospital.

"Doakan saya cepat sembuh. Doa kalian amat saya hargai pada ketika ini.

"Saya juga amat merindui isteri, anak dan bonda," katanya.

Difahamkan, ahli keluarga Aliff sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS