Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Spider-man: No way home - Filem pertama catat kutipan lebih AS$1 bilion ketika pandemik
Diterbitkan:  Dec 27, 2021 12:49 PM
Dikemaskini: 4:49 AM

"Spider-Man: No Way Home" muncul filem pertama di dunia dengan jualan tiket melebihi US$1 bilion ketika pandemik COVID-19 melanda, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan angka studio dikeluarkan firma tinjauan Comscore pada Ahad.

Filem adiwira terbitan Columbia Pictures dan Marvel Studios serta diedarkan Sony Pictures Releasing itu menduduki tangga teratas box office Amerika Utara bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

Anggaran kutipan bagi tempoh tiga hari tayangan mencapai US$81.5 juta, dan Amerika Utara menyumbang US$467.33 juta dan menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah US$1.05 bilion hingga Ahad.

Ia merupakan filem terlaris pada 2021, mengatasi epik perang China "The Battle at Lake Changjin," yang telah mengaut lebih US$902 juta setakat ini.

Diadaptasi menerusi watak komik Marvel Spider-Man, filem terbaharu Marvel Cinematic Universe itu merupakan sekuel kepada "Spider-Man: Homecoming" dan "Spider-Man: Far From Home".

Filem arahan Jon Watts, "Spider-Man: No Way Home" merupakan filem ketiga Tom Holland memegang watak Spider-Man.

Filem ini turut dibintangi pelakon Zendaya, Benedict Cumberbatch, Jacob Batalon, Jon Favreau dan Marisa Tomei.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS