Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
M Nasir positif Covid-19
Diterbitkan:  Dec 13, 2021 4:32 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Penyanyi dan komposer M Nasir, 64, disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Marlia Musa, yang berkata suaminya kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Ya benar, M Nasir positif Covid-19. Dia sekarang sedang berehat dan menjalani proses kuarantin di rumah,” katanya seperti dipetik BH Online.

Menurut Marlia, 53, penyanyi Phoenix Bangkit itu dikenal pasti dijangkiti virus tersebut selepas menjalani ujian sebanyak dua kali.

Susulan itu, dia dan anaknya, Suci Musalmah turut melakukan ujian sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun katanya, keputusan diperolehi mereka adalah negatif.

“Kami selalu buat ujian kendiri Covid-19 di rumah. Suami melakukan ujian kerana secara kebetulan dia sepatutnya ke program di Pesta Buku Selangor, semalam.

“Ujiannya positif. Kami terus buat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan keputusannya pagi ini turut positif.

Katanya lagi, keputusan ujian dia, anak dan pembantu rumah pula negatif tetapi mereka tetap menjalani kuarantin kendiri kerana telah menjadi kontak rapat.

“Tak tahulah dari mana suami dapat virus ni.

“Insya-Allah, doakan kesembuhan suami dengan segera,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS