Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Katrina Kaif, Vicky Kaushal kini pasangan suami isteri

Seorang daripada bintang Bollywood paling berjaya, Katrina Kaif, melangsungkan perkahwinannya pada Khamis, dua dekad selepas dia meninggalkan Britain untuk datang ke India.

"Hanya kasih sayang dan rasa syukur untuk segala-galanya yang membawa kami ke saat ini.

"Kami mengharapkan restu dan doa semua untuk kami memulakan perjalanan baru ini," katanya seperti dicatatkan dalam Instagram dan dikongsi oleh Katrina, 38, dan suaminya yang juga seorang pelakon Vicky Kaushal, 33.

Mereka mengikat tali pertunangan dalam majlis mewah di Rajasthan dengan kehadiran selebriti filem, ahli keluarga dan tetamu lain.

Bapa Katrina - yang dilahirkan di Hong Kong dan dibesarkan di London - ialah Mohammed Kaif, iaitu seorang ahli perniagaan berketurunan Kashmir.

Ibunya pula ialah wanita Britain, Suzanne Turquotte. Bagaimanapun pasangan terbabit berpisah ketika Katrina masih kecil.

Katrina mempunyai tiga kakak, seorang abang dan tiga adik perempuan.

Media India sejak kebelakangan ini heboh dengan perkembangan terkini mengenai pasangan terbabit, persiapan perkahwinan, gosip dan perincian upacara perkahwinan mereka.

Katrina datang ke India ketika baru berusia 17 tahun dan membuat penampilan sulungnya dalam dunia kompetitif Bollywood dengan filem Boom pada 2003.

Sebagai orang luar, Katrina pada mulanya bergelut dengan bahasa Hindi, namun akhirnya dapat mengatasi kekangan itu untuk menjadi antara selebriti terkemuka Bollywood.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS