Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
32 tahun tunggu, akhirnya Rosyam Nor dah ada 'geng'
Diterbitkan:  Nov 16, 2021 3:35 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

“Alhamdulillah, 32 tahun, lama sangat tunggu,” demikian luahan gembira Rosyam Nor selepas buat kali pertama hasratnya untuk menimang cucu lelaki dimakbulkan.

Menurut penerbit dan pelakon itu, hasrat berkenaan akhirnya dimakbulkan selepas anak keduanya, Nur Anis melahirkan cahaya mata lelaki pertama dalam keluarga.

“Proses panjang selama 32 tahun tunggu sang hero. Alhamdulillah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdulillah, cucu lelaki eyyy. Apa nama nak letak ni?

“Terima kasih Allah kerana kurniaan-Mu,” katanya yang berkongsi perkara itu di Instagram hari ini.

Jelas Rosyam yang juga seorang usahawan itu, sejak mendirikan rumah tangga dengan Runika Mohd. Yusoff, 32 tahun lalu, dia sudah lama menginginkan hero dalam keluarganya.

“Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan. Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azureen, dikurniakan tiga cucu perempuan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS