Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jamal tekad ceburi bidang kosmetik sebagai penghargaan buat isteri
Diterbitkan:  Nov 1, 2021 1:39 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

Menceburi perniagaan di usia lewat tanpa banyak pengalaman agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu di luar kepakaran.

Namun, bagi Jamal Abdillah, dia tekad memulakan perniagaan berkaitan kosmetik sebagai tanda penghargaan pada isterinya, Zai Izzati Khiruddin walaupun sebelum ini penyanyi terkenal itu memiliki perniagaan ikan arowana di Perak.

Jamal, 62, berkata, dia memilih untuk menjadi rakan perniagaan kepada Zarania memandangkan syarikat itu memiliki reputasi tinggi apabila pernah mengeluarkan produk jenama Natasya yang bertahan di pasaran lebih 10 tahun.

“Saya jalin kerjasama sebagai hadiah sempena isteri saya hamil anak kami yang ketiga.

“Walaupun saya teruja dengan bisnes baru, saya akui perasaan bimbang itu tetap ada kerana ini pertama kali saya ceburi bidang kosmetik,” katanya dalam kenyataan.

Jelas bapa kepada empat anak itu, antara keistimewaan produk Zarania adalah ia dihasilkan oleh kilang tempatan yang memiliki sijil bertauliah oleh Amalan Pengilangan Baik (GMP).

“Malah bahan kandungan dalam produk ini selamat digunakan, sesuai untuk semuaperingkat umur selain kualiti setanding dengan produk antarabangsa,” katanya.

Jamal berkata, dia dan rakan kongsinya menyasarkan jualan bukan hanya di pasaran tempatan tetapi juga di Brunei, Indonesia serta Singapura

Tambahnya, jika ada rezeki pada masa akan datang, pihaknya ingin mengeluarkan lebih banyak produk yang biasa digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Ini juga antara strategi pemasaran syarikat sekarang untuk memberi fokus kepada jualan di atas talian,” katanya lagi.

Pada Ogos lalu, Jamal sekali lagi dikurniakan rezeki apabila isterinya disahkan hamil 12 minggu.

Pasangan itu menerima anak kedua, El Issac Yamani pada 11 November tahun lalu.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani pada 10 Oktober 2019.

Selain Azura dan El Issac, Jamal turut mempunyai dua lelaki anak iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15, menerusi perkahwinan terdahulu. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS