Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pencipta Antara Anyer Dan Jakarta meninggal dunia
Diterbitkan:  Oct 27, 2021 9:17 PM
Dikemaskini: 1:17 PM

Penyanyi Sheila Majid berkongsi khabar duka mengenai pemergian komposer lagu Antara Anyer Dan Jakarta iaitu Oddie Agam hari ini.

Oddie, 68, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Persahabatan di Jakarta akibat kegagalan buah pinggang.

Melalui Instagram, Sheila berkata, dia mengenali arwah sebelum bergelar penyanyi lagi.

“Dialah pencipta lagu Indonesia pertama yang mengharumkan nama saya di negara itu dengan lagu-lagu seperti Antara Anyer Dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Tua Sebelum Waktu, Begitulah Cinta dan beberapa lagu lagi.

“Malah sebelum mengenali dia sebagai komposer, dia juga adalah rakan keluarga kami,” katanya.

Menurut Sheila, pemergian Oddie Agam adalah satu kehilangan besar buat karier muziknya.

“Saya berasa sangat sedih, seperti separuh karier muzik saya hilang bersama.

“Muzik kamu akan sentiasa bersinar di hati kami, Agam. Terima kasih untuk semua lagu-lagu indah yang kamu tulis. Semoga tenang di sana.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS