Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Elly syukur keluarga kecil bertambah dengan kehadiran Haider Mateen
Diterbitkan:  Oct 24, 2021 10:56 AM
Dikemaskini: 2:56 AM

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein selamat melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan swasta pada awal pagi semalam.

Katanya, kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan itu melengkapkan lagi keluarga kecilnya selepas ini.

“Assalamualaikum, saya selamat bersalin pada 23 October pukul 12.23 pagi tadi (semalam). Alhamdulillah mama dan Haider sihat.

“Terima kasih suami jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Bertambah seorang lagi seorang dalam keluarga comel kita, syukur ya Allah,” katanya di Instagram.

Pemilik nama asal Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu.

Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai setahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5.

Pelakon Kampung People itu juga meluahkan kesyukuran apabila proses kelahiran Haider dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Suami, emak dan jururawat membaca surah Yasin, beri ayat mudahkan bersalin. Memang Allah permudahkan, syukur, cepat Haider nak jumpa mama dan papa.

“Dengan ini saya memperkenalkan anak kedua, Haider. Selamat datang ke dunia kegembiraan kecil saya,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS