Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sajat 'tayang' rumah baru di Australia
Diterbitkan:  Oct 20, 2021 8:54 PM
Dikemaskini: 1:16 PM

Sajat Kamaruzzaman mempamerkan sebuah rumah yang didakwanya dibeli di Australia - negara yang kini menjadi tempat tinggal usahawan kontroversi itu.

Ia merupakan hantaran Sajat di Instagram hari ini.

“Rumah baru saya. Tak sabar nak balik rumah baru,” katanya di Insta Story.

Rumah banglo setingkat itu kelihatan mempunyai ruang yang besar di belakang rumah dan satu daripada imej yang dikongsikannya itu memaparkan sudut pandang rumah itu dari belakang.

“Boleh la buat barbeku di sini, kan. Syoknya," kata Sajat sambil mengiringi status itu dengan imej bendera Australia.

Terdahulu, Sajat - yang kini sedang menjalani kuarantin di Canterbury - mendakwa sudah berhijrah ke Australia dengan bantuan kerajaan negara terbabit.

Semalam pula media melaporkan, Bukit Aman sedang berhubung dengan pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan usahawan dalam buruan itu sudah menetap di sana.

Bukit Aman juga berkata, mereka sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa Thailand mengenai status Sajat.

Sajat melarikan diri ke Thailand selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap selepas dia gagal hadir pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Feb lalu.

Dia dikehendaki pihak berkuasa kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan mereka.

Sajat dilaporkan ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 Sept lalu selepas Malaysia membatalkan pasportnya namun dia dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS