Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Rita Rudaini nafi antivaksin tapi cuma 'prosafe'
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 6:30 PM
Dikemaskini: Oct 15, 2021 11:03 AM

Menafikan dia termasuk dalam kalangan antivaksin, Rita Rudaini berkata dia lebih selesa melabel dirinya sebagai “prosafe” yang dirujuknya sebagai golongan yang belum bersedia menerima vaksin Covid-19.

Pemilik nama penuh Rita Rudaini Mokhtar, 45, itu berkata sebelum mana-mana pihak sewenang-wenang menggelarnya antivaksin, mereka terlebih dulu perlu membezakan maksud sebenar antara dua perkataan tersebut.

“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan, kaji dulu makna. Antara antivaksin dan prosafe, kamu boleh panggil saya prosafe.

“Nak gunakan perkataanpun, biar jadi pengguna yang bijak, menggunakan sesuatu perkataan untuk melabel, biar objek dan maksud selari.

“Hi, saya Rita Rudaini, dan saya prosafe,” katanya melalui status dimuat naik dalam InstaStory.

Prosafe bermaksud individu yang menunggu hingga vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan.

Menguatkan dakwaannya sebagai bukan antivaksin, kata pelakon Kerana Korona itu, sebelum ini dia pernah beberapa kali mendapatkan suntikan pelali bagi tujuan kesihatan tertentu.

“Kalaulah saya antivaksin, tidaklah saya pergi ambil vaksin sebelum pergi umrah dan masa kecil termasuk untuk anak-anak,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS