Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Syafie Naswip nafi kena cekup kes dadah
Diterbitkan:  Oct 11, 2021 11:58 AM
Dikemaskini: 4:27 AM

Syafie Naswip menafikan dirinya pelakon yang dicekup kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak semalam.

Kenyataan itu dikongsi di akaun Instagram miliknya hari ini gara-gara namanya mengundang perhatian umum selepas laporan terbabit disiarkan sebuah akhbar.

“Ramai yang menghantar mesej langsung bertanya adakah individu terbabit adalah saya susulan baru-baru ini menjalani penggambaran di Kuala Kangsar.

“Jawapannya tidak,” katanya.

Terdahulu, seorang pelakon, pengarah dan penolong pengarah ditahan dalam serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati pelakon dan pengarah terbabit positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Ketiga-ketiga mereka dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pemilik nama asal Mohd Shafie Naswipitu berkata, ketika kejadian, terdapat beberapa lagi produksi turut menjalankan penggambaran di lokasi sama.

“Moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS