Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bapa Ashraf Muslim meninggal dunia akibat Covid-19
Diterbitkan:  Sep 28, 2021 12:19 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Selepas lapan hari bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19, bapa kepada Ashraf Muslim, Muslim Bulat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), jam 6.37 pagi tadi.

Berita pemergian allahyarham dikongsi pelakon itu melalui Instagram (IG) dan Facebook (FB) miliknya sebentar tadi.

Bagaimanapun Ashraf, 40, tidak memaklumkan secara terperinci mengenai pemergian arwah bapanya itu.

“Hari ini hari yang paling sedih… ayah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin tu yang terbaik untuk dia sebab Allah SWT lebih sayangkan ayah daripada kami.

“Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah yang pernah dilakukannya sewaktu dia masih hidup.

“Jika ada hutang hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya,” katanya.

Ashraf Muslim

Pada 20 September lalu, pemilik nama penuh Muhd Ashraf Muslim itu memaklumkan bapanya sedang dirawat dalam intubasi serta dibantu mesin pernafasan di unit rawatan separa kritikal di PPUM.

Pelakon filem Dari Mata Arisa itu turut memohon doa orang ramai bagi mempermudahkan urusan arwah bapanya.

“Sama-sama kita doakan arwah ayah ditempatkan di tempat yang istimewa di alam baru bersama mereka yang beriman. Insya-Allah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS