Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Snopp Dogg puji usaha Joe Flizzow
Diterbitkan:  Sep 20, 2021 5:32 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Penyanyi hip hop antabangsa Snoop Dogg melayangkan pujian buat pelopor muzik genre berkenaan di Malaysia, Joe Flizzow atas usaha memartabatkan irama itu di negara ini, Singapura dan Indonesia.

Pujian tersebut diberikan Snoop Dogg itu melalui sesi virtual di aplikasi Zoom yang turut disertai Joe baru-baru ini.

Snoop Dogg atau nama asalnya Calvin Cordozar Broadus Jr, antara lain memuji usaha Joe dalam memperkasakan genre itu termasuk dengan mengasaskan rancangan 16 Baris yang bertujuan mencari bakat baru dunia hip hop di Asia Tenggara.

Snoop Dogg berkata, inisiatif Joe atau nama asalnya Johan Ishak itu memang wajar dibanggakan.

“Kamu melakukan dengan baik di sini. Saya akui sukakan usaha itu.

“Inilah yang saya selalu perkatakan dan kamu berjaya melakukannya,” katanya pada sesi Zoom terbabit.

Pada sesi virtual itu juga, Snoop Dogg mengakui dia teruja selain tidak sabar untuk bertemu Joe serta rakan hip hop lain di Malaysia.

Untuk rekod, sepanjang kariernya, Joe juga pernah berduet dengan ikon hip hop antarabangsa, Warren G.

Januari lalu, single Ciao yang diterbitkan komposer dari Singapura, Alyph turut menyaksikan Joe berkolaborasi dengan artis hip hop terkenal Korea Selatan, Jay Park dan MK dari kumpulan K-Clique.

Sejak menyertai Def Jam Recordings melalui penubuhan Def Jam Southeast Asia, usaha Joe dalam menerajui label hip hop tersohor dunia itu semakin menyerlah dan pertemuan bersama Snopp Dogg memperlihatkan perkembangan penyanyi itu yang semakin memberangsangkan.

Sementara itu, Joe, 41, memuat naik petikan temu bual berkenaan di Instagram Story miliknya.

Penyanyi lagu Apa Khabar itu juga mengakui sangat berbangga kerana dapat menyertai sesi Zoom berkenaan dan berbicara dengan Snoop Dogg yang dianggap antara legenda dalam dunia hip hop.

Dia juga berharap dapat menjalinkan kerjasama suatu hari nanti bersama penyanyi Young, Wild & Free itu.

“Sesi Zoom yang cukup menakjubkan bersama legenda Snoop Dogg. Terima kasih atas kata-kata pembakar semangat dan saya akan terus mencipta lagi banyak sejarah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS