Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aishah positif Covid-19
Diterbitkan:  Aug 30, 2021 9:34 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Penyanyi Aishah mengesahkan dirinya positif Covid-19 melalui satu posting di Instagram hari ini.

Dia memuat naik sebuah video menunjukkan dirinya sedang melakukan ujian calitan di rumahnya.

“Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam Instagram.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, itu, keadaan Aishah juga terlihat mengah dan agak lemah.

 Sementara itu, K! Online melaporkan penyanyi Camar Yang Pulang itu sebelum ini mengalami gejala demam panas dan semput.

“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” mohon Aishah.

Menurut Aishah, 56, dia sedang menunggu doktor datang untuk membuat penilaian sama ada boleh kuarantin di rumah atau dirawat di pusat kuarantin.

Suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan.

“Anak-anak akan dapat keputusan ujian calitan esok. Harap mereka negatif.

“Alhamdulillah, suami saya disahkan negatif, maknanya setakat ini saya seorang saja yang positif Covid dalam keluarga kami,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS