Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sakit masih tak hilang, Eina jalani pembedahan kali keempat
Diterbitkan:  Aug 18, 2021 2:01 PM
Dikemaskini: 6:01 AM

Mengakui mengalami masalah kesihatan, pelakon Eina Azman mendedahkan dia sebenarnya baru selesai menjalani pembedahan biopsi di leher buat kali keempat semalam.

Katanya kepada peminat, alasan itu jugalah yang menyebabkan dia terpaksa menyepi dari media sosial kerana mengalami bengkak dan sakit yang belum hilang.

“Alhamdulillah selepas enam jam lebih saya dah bangun. Ramai yang WhatsApp dan Direct Message tanya kenapa tak ada kemas kini di Instagram.

“Ramai juga masih tanya sakit apa. Sebenarnya sejak kebelakangan ini saya kurang sihat. Saya dah pernah jalani biopsi empat kali di leher sejak 2016 hingga ke hari ini.

“Sakit masih tak hilang. Hari ni berjaya jalani pembedahan selepas dua tahun sebab tempat biopsi yang pernah buat sebelum ni masih bengkak dan sakit,” katanya.

Biopsi adalah prosedur pembedahan dengan mengambil sampel tisu atau sel untuk dianalisis bagi menentukan sesuatu penyakit dan ubat bersesuaian untuk pesakit.

Sebelum ini, Eina didakwa ‘potong Q’ untuk mendapatkan vaksin Covid-19 menggunakan jalan pintas bersama suami, Kaiser Gurmeet Harden di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan Eina dan suami menerima suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) di hospital itu diputuskan berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

Eina pula sehingga kini masih mengunci mulut mengenai penyakit sebenar yang dihidapi namun dia pernah berkata, hanya memaklumkan perkara itu kepada beberapa individu terdekat saja.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS