Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tak perlu jadi 'hantu' hadir janji temu vaksin - Hafiz
Diterbitkan:  Aug 18, 2021 12:28 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun menasihati orang ramai supaya memilih pakaian mengikut kesesuaian serta keperluan ketika menghadiri janji temu vaksin.

Katanya, orang ramai tidak perlu melakukan sebarang gimik dengan mengenakan kostum tertentu sewaktu hadir mendapatkan suntikan tersebut di pusat pemberian vaksin (PPV).

“Pakailah elok-elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu atau apa semua,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa individu hadir mengenakan kostum yang mengundang perhatian umum seperti karakter hantu Cina, 'Valak' - entiti dalam filem The Conjuring, Ultraman, Black Panther dan Joker di PPV.

Hafiz, 36, berkata, dia tidak menolak sekiranya ‘fesyen’ digayakan itu membawa maksud atau mempunyai tujuan tertentu.

Namun menurutnya, ia lama kelamaan boleh menimbulkan perasaan menyampah pada mata yang memandang.

“Saya tak tahu adakah ia strategi pemasaran atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama rasa menyampah pula,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS