Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bob Dylan dituduh cabul kanak-kanak lebih 50 tahun lalu
Diterbitkan:  Aug 17, 2021 11:43 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Seorang wanita yang tidak didedahkan namanya menyaman penyanyi dan penulis lirik terkemuka AS, Bob Dylan atas tuduhan menyerangnya secara seksual ketika dia baru berusia 12 tahun.

Dylan didakwa melakukan perbuatan itu pada tahun 1965 selepas dikatakan memberi kanak-kanak itu dadah dan alkohol.

Bagaimanapun, segala tuduhan dinafikan jurucakap Dylan.

“Tuduhan terbabit tidak benar dan dia akan membela diri sepenuhnya,” katanya.

Penyanyi It Ain’t Me Babe itu kini berusia 80 tahun.

Dalam tuntutan sivil difailkan pada 13 Ogos lalu di Mahkamah Agung New York, wanita itu yang hanya dikenali sebagai J.C mendakwa Dylan menyerangnya secara seksual di kediaman penyanyi itu di New York selama enam minggu.

Kata J.C kejadian itu “meninggalkan trauma serta merosakkan emosinya secara psikologi hingga ke hari ini.”

Dylan, yang berusia pertengahan 20-an pada masa itu, “mengeksploitasi statusnya sebagai pemuzik untuk memberi J.C. alkohol dan dadah dan melakukan penderaan seksual kepadanya berkali-kali,” menurut tuntutan itu lagi.

Plaintif menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan. Tuntutannya dikemukakan tepat sebelum tarikh akhir New York, yang diperkenankan dalam undang-undang tahun 2019, untuk sesiapa mengemukakan tuntutan undang-undang yang membabitkan tuduhan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku terlalu lama kerana batasan undang-undang.

Dylan yang hadir pada 1960-an salah seorang seniman yang paling terkenal dan berpengaruh pada era rock dengan hits termasuk Blowin in the Wind dan Like a Rolling Stone.

Penyanyi itu mencatat kejayaan apabila berjaya menjual lebih 125 juta rekod secara global dan memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan pada 2016.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS