Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Achey mohon doa buat ibu yang sedang melawan Covid-19
Diterbitkan:  Aug 13, 2021 5:26 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Pelakon dan pelawak terkenal, Achey, berkata ibunya Ngaisah Hassan yang kini dirawat di Hospital Segamat, Johor akibat jangkitan virus Covid-19 berada dalam keadaan tidak stabil.

Selain berkongsi khabar dukacita tersebut melalui entri di Instagram pagi tadi, Achey, 34, turut memohon orang ramai agar mendoakan ibunya itu supaya dapat terus melawan virus tersebut.

“Saya tahu doa anda sangat-sangat padat ketika ini. Tapi jika ada ruang kecil dalam doa kalian, selitkan doa untuk mak saya, Ngaisah Hassan.

“Buat masa ini, keadaan mak sangat tidak baik,” katanya.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah itu memaklumkan tiga ahli keluarganya iaitu abang, kakak dan ibunya positif Covid-19.

Dia juga memberitahu tiga ahli keluarganya yang lain iaitu adik, anak buah berusia lingkungan dua tahun serta ibu bapa kanak-kanak itu turut disahkan positif Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS