Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Abang Siti Sarah dah sedar
Diterbitkan:  Aug 13, 2021 12:42 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

Shuib memanjatkan kesyukuran selepas abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin sudah sedarkan diri selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor akibat Covid-19, semalam.

Pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM itu juga berterima kasih pada mereka yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan abang allahyarham Siti Sarah Raisuddin itu.

“Allahu Akhbar. Allah Maha Besar. Syukur dan buka mata. Terima kasih pada yang mendoakan,” katanya di Instagram sebentar tadi.

Mengiringi hantaran tersebut, pelawak itu bersama bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah dilihat membuat panggilan video bersama Ahmad Firdous.

Dalam perkongsian itu, Ahmad Firdous turut mampu mengukir senyuman selepas apa yang menimpa dirinya.

Shuib juga berharap, semoga pesakit-pesakit Covid-19 lain yang sedang bertarung nyawa turut diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak itu.

“Kita sambung doa untuk orang lain yang bertarung nyawa. Kita harap semua dapat kembali sihat dan balik berjumpa keluarga, amin, syukur ya Allah,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS