Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Margasatwa rakam Yang Asli versi bahasa Jepun demi atlet negara
Diterbitkan:  Aug 3, 2021 12:20 PM
Dikemaskini: 4:20 AM

Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020, Margasatwa merakamkan semula lagu Yang Asli dalam versi bahasa Jepun sebagai tanda penghormatan kepada pasukan Malaysia yang ke Tokyo untuk mengharumkan nama negara.

Menurut vokalis Marsatwa, Kimal, lagu itu bukan sekadar ditujukan pada atlet Malaysia yang telah dan masih berjuang, ia juga buat semua rakyat negara ini yang sedang berdepan pelbagai cabaran.

“Saya olah lirik asal supaya lebih tepat dengan tema semangat Olimpik. Terjemahan ke dalam Bahasa Jepun oleh Izzat Sensei dari CakapJepun.com memberikan makna yang lebih mendalam.

“Apa pun pencapaian atlet negara pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, kita seharusnya bangga dan memberi sokongan penuh kepada mereka sewaktu menang ataupun kalah kerana mereka telah berjuang dan melakukan yang terbaik demi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Inisiatif itu juga merupakan kolaborasi antara Margasatwa dan CakapJepun.com, sebuah pusat pembelajaran bahasa Jepun dan ditubuhkan oleh anak tempatan yang merupakan graduan universiti di Jepun.

Kimal yang merupakan komposer utama Margasatwa merupakan seorang graduan dari Universiti Tokai, Jepun.

Kolaborasi ini adalah yang pertama kali seumpamanya dan mendapat perhatian ramai pendengar muzik dan peminat Sukan Olimpik dari negara Malaysia dan Jepun.

Inisiatif itu diharapkan dapat mengukuhkan hubungan dua negara serta rakyatnya.

Menurut pemain gitar Fadhil, ia juga sebuah hiburan berbentuk pelajaran dalam bahasa Jepun.

“Pendengar boleh merujuk kepada sarikata pada video di Youtube untuk belajar sedikit sebanyak bahasa Jepun dan terjemahan dalam Bahasa Melayu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS