Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ifa Raziah: Tak salah kalau pilih vaksin, kan?
Diterbitkan:  Jul 12, 2021 3:45 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah, berpendapat dia berhak untuk memilih jenama vaksin yang ingin diberikan kepadanya.

Kata Ifa, selagi masih sedia disuntik, dia sepatutnya diberikan kelonggaran untuk membuat pilihan tersebut.

“Kalau saya nak pilih (vaksin) Pfizer ke Sinovac ke, tak salah kan? Bukannya saya minta dadah.

“Yang penting saya nak ambil vaksin, bukannya nak menghasut orang lain supaya jangan ambil vaksin.

“Siapa yang nak kena cucuk atau tak nak kena cucuk, terpulanglah pada masing-masing empunya badan,” tulisnya di Insta Story hari ini.

Terdahulu, melalui TikTok Ifa menjelaskan dia terpaksa membatalkan janji temu vaksinasi yang dijadualkan kerana dia bukannya diberikan vaksin Pfizer.

Ifa, 45, sepatutnya menerima suntikan tersebut di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).

"Batalkan vaksin hari ini kerana tidak dapat suntikan Pfizer di Mitec," katanya.

Dalam hantaran berbeza di Instagram, Ifa berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan vaksin jenis Pfizer sahaja dirasakan sesuai untuk dirinya yang didakwa mempunyai masalah kesihatan.

Pun begitu, pelakon drama Diva Popular itu tidak mendedahkan jenis penyakit dihidapinya. Video dimuat naik itu juga sudah diturunkan oleh Ifa beberapa jam kemudian.

Rentetan itu, Ifa berkata, dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak berhubung isu yang menjadi buah mulut ramai tersebut.

“Jika berasa tak puas hati dengan jawapan saya, tak boleh nak buatkan kamu gembira, itu bukan salah saya.

“Salahkan hati korang yang hitam tu, tak boleh tengok orang lain bahagia dan berjaya,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS