Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Benjy meninggal dunia di Medan
Diterbitkan:  Jul 11, 2021 2:46 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Pelakon Malaysia, Benjy Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara di Indonesia dilaporkan meningal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini.

Menurut keluarga Benjy, anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu menghembus nafas terakhir kerana mengalami kesukaran bernafas kesan daripada asma kronik.

“Ben (Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat asma hari ini,” kata bapa Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi yang dipetik Astro Awani  hari ini.

Pada 2017 mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun ke atas Benjy selepas dia didapati bersalah cuba menyeludup dadah jenis syabu.

Sementara itu menurut adik Benjy, Inessa Irdayanty, pelakon terbabit mengalami kesukaran bernafas akibat asma kira-kira jam 11 pagi tadi (waktu Malaysia) dan dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun pelakon yang memiliki nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim dan berusia 43 tahun itu tidak dapat diselamatkan.

"Benjy telah lama mengalami penyakit asma yang kronik dan masalah paru-paru, selain selalu keluar masuk hospital sejak beberapa tahun lalu.

"Kami sekeluarga mengizinkan pihak penjara Medan mengebumikan jasadnya di sana.

"Urusan pengebumian akan dijalankan esok," kata Inessa dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS