Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dah berjaga-jaga tapi Zua XPDC, isteri dan anak positif Covid-19

Walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga, pemain bass XPDC, Zua, tidak pasti bagaimana dia, isteri dan dua anaknya masih boleh dijangkiti Covid-19.

Pun begitu kata Zua dia memang mengetahui terdapat beberapa kes positif Covid-19 dikesan di kawasan kejiranannya.

“Saya dijangkiti kira-kira enam hari lalu. Selain saya, isteri dan dua anak iaitu lelaki berusia 25 tahun serta perempuan 24 tahun turut positif Covid-19.

“Jika nak diikutkan, saya atau keluarga pada kebanyakan masa duduk di rumah. Tapi mungkin ada di antara kami yang dijangkiti wabak itu sewaktu berada di dalam lif," katanya kepada Malaysiakini.

Menceritakan keadaan di situ Zua, 55, berkata rumah terhampir yang mencatatkan kes positif Covid-19 berada di atas unit kediamannya di Bangsar.

Pemilik nama penuh Azuar Md Tasi itu berkata dia memperoleh keputusan positif berkenaan selepas mereka menjalani ujian swab di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.

Menurut pengasas kumpulan Copero Viper itu, dia sedang menunggu arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Buat masa ini katanya, mereka menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Menceritakan detik awal dia mengesyaki dirinya positif Covid-19, Zua berkata, dia cuma mengalami gejala ringan seperti demam dan batuk.

“Tapi sekarang badan dah tak panas cuma deria rasa masih lagi tak ada. Makan pun tak rasa apa-apa dan tekak sentiasa haus, kena banyak minum,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS