Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Zynakal akui terlanjur bergurau, minta maaf pada orang Sarawak
Diterbitkan:  Jun 1, 2021 5:14 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Mendakwa niat asalnya sekadar ingin bergurau, namun ia kemudian tanpa dijangka disalah erti hingga mendorong orang ramai sebagai perbuatan menghina salah satu pakaian tradisional etnik di Sarawak.

Susulan dikecam teruk akibat tindakannya itu, Zynakal tampil memohon maaf secara terbuka melalui Instagram miliknya hari ini.

Dalam permohonan maafnya itu, pemilik nama sebenar Muhammad Raziq Rosli itu berkata, dia tiada niat untuk mempersendakan budaya mahupun adat orang Sarawak.

“Saya hanya bergurau tentang reaksi wajah Yonnyboii dalam posting yang dibuatnya.

"Di sini saya ingin menjelaskan tentang komen tersebut. Saya tiada niat untuk persenda budaya orang Sarawak, niat saya hanya mempersendakan Yonnyboii saja.

“Justeru saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya warga Sarawak yang terasa dengan komen saya di ruangan komen gambar Yonnyboii,” katanya.

Pernyataan maaf itu muncul selepas empat hari penyanyi Sakit itu meninggalkan komen "Uga Uga" pada ruangan reaksi Instagram Yonnyboii.

Komen tersebut seakan-akan menyamakan budaya Sarawak seperti orang zaman batu.

Situasi itu pula berlaku di tengah-tengah kontroversi seorang pempengaruh yang baru-baru ini didakwa menghina pakaian tradisi salah satu etnik di Sarawak.

Melalui sebuah rakaman video, selebriti YouTube itu menyamakan pakaian tersebut antaranya seperti kain buruk dan langsir.

Zynakal turut berjanji kejadian serupa tidak akan berulang lagi.

“Saya harap maaf saya diterima oleh anda semua terutama orang Sarawak.

"Saya juga harap benda ini tidak akan berulang lagi, kamek sayang kitak,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS