Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fara Hanim mohon maaf pada Rita Rudaini, Lufya
Diterbitkan:  May 31, 2021 6:08 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Personaliti televisyen, Fara Hanim, memohon maaf secara terbuka kepada dua pelakon selepas menuduh mereka sebagai golongan antivasin serta menganggap Covid-19 adalah suatu teori iluminati.

Permohonan maaf itu dimaklumkan dengan perkongsian tangkap layar kenyataan Fara buat Rita Rudaini dan Luyfa Omar melalui Instagram.

“Assalamuaikum dan salam sejahtera.

“Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini.

“Anim baru saja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Terdahulu, pemilik nama penuh Fara Hanim Razak itu menciap berhubung dua pelakon yang didakwanya sebagai kumpulan antivaksin dan menganggap Covid-19 adalah helah iluminiati.

Dua nama pelakon dimaksudkan Fara Hanim bermula dengan inisial RR dan LL.

Walaupun tidak memperincikan siapa gerangan yang dimaksudkan, Rita, 45, percaya RR yang disebut-sebut Fara Hanim itu adalah dirinya.

Justeru, pelakon Mami Jarum itu mendesak Fara Hanim Razak untuk tampil bersemuka bagi menjelaskan dakwaan ke atasnya berhubung isu tersebut. 

Pada masa sama, Fara Hanim menjelaskan, tindakannya itu bertujuan menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman Covid-19.

“Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid19.

“Sesungguhnya kita belum menang tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar

“Sekali lagi Anim mohon maaf...Terima kasih semua…” katanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS