Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
‘Tarzan’ terbunuh, pesawat terhempas ke tasik
Diterbitkan:  May 31, 2021 12:13 PM
Dikemaskini: 4:13 AM

Pelakon Amerika Joe Lara yang membintangi "Tarzan: The Epic Adventures" terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain, lapor agensi berita Sputnik, memetik akhbar ‘The Tennessean’.

Lara, 58, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, lapor akhbar tersebut memetik kenyataan polis pada Ahad. Mangsa lain termasuk isterinya, Gwen Lara, 66, dan lima lagi penumpang.

Pesawat Cessna C501 terhempas ke dalam tasik Percy Priest berhampiran Smyrna, sebuah bandar di Rutherford County, Tennessee, pada Sabtu pagi, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna Rutherford County.

Pesawat itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida, menurut pegawai kecemasan.

Pihak berkuasa mengesahkan semua tujuh penumpang maut.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS