Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Rita Rudaini ajak Fara Hanim bersemuka jelaskan isu antivaksin
Diterbitkan:  May 28, 2021 7:10 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Rita Rudaini mendesak pengacara Fara Hanim Razak untuk tampil bersemuka bagi menjelaskan dakwaan ke atasnya berhubung isu antivaksin.

Aktres itu juga menempelak Fara yang menuduhnya menganggap wabak Covid-19 adalah suatu teori iluminati.

“Beginikah sikap seorang Muslim, datanglah berjumpa depan-depan. Bukan tak pernah bersembang pun, kan? Kita orang seislam, berjiran pula, apa masalah hang ni?

“Saya pun tak pernah tulis saya seorang antivaksin. Jika saya nak rebuih (rebus) rumput ka, nak rebuih tahi ka, itu saya punya fasal,” katanya di Instagram sebentar tadi.

Pada masa sama, pemilik nama penuh Rita Rudaini Mokhtar, 45, itu berkata tindakan Fara membuat ciapan seperti itu menunjukkan wanita terbabit belum matang.

“Eh, nampak sangat tak bijak, fasal vaksin pun nak pandang serong pada orang (saya), Islam pula tu,” katanya yang pernah berlakon filem Kerana Korona itu.

Terdahulu, Fara Hanim yang dikenali sebagai pengacara Soal Wanita menciap: Cuba teka jiran-jiran saya yang antivaksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL.”

Tambahnya, individu dimaksudkan itu gemar menyebar dakyah bahawa rebusan bunga cengkih boleh membantu mengelak seseorang daripada dijangkiti Covid-19.

“Selalu dok sebar dakyah, rebus bunga cengkih untuk elak Covid-19 dan Covid-19 adalah illuminati,” katanya lagi.

Walaupun tidak memperincikan siapa gerangan yang dimaksudkan, Rita percaya RR yang disebut-sebut Fara Hanim itu adalah dirinya.

Pelakon dengan inisial LL pula berkemungkinan adalah pelakon, Lufya Omar atau Lufya Lanaa.

Bagaimanapun, hasil semakan Malaysiakini sebentar tadi mendapati, ciapan itu sudah pun diturunkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS