Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Siti Nurhaliza dikompaun RM10,000
Diterbitkan:  May 27, 2021 2:58 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Siti Nurhaliza dan suami, Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka, 26 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad dan penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal Zain turut dikenakan kompaun.

Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 seorang, lapor BH Online.

Ia susulan orang ramai yang mempertikaikan perjalanan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan ketika mereka dikekang daripada melakukan perjalanan rentas negeri.

Warganet antaranya mempertikaikan alasan Zulkifli dan Azhar menghadiri majlis tersebut kerana mereka dikatakan tinggal di luar Selangor atau Kuala Lumpur.

Selain mentahnik, penyanyi Siapa Tak Mahu itu turut mengadakan majlis akikah dan maulid untuk Muhammad Afwa.

Abby Abadi, Norman Hakim turut dikompaun

Arjunaidi berkata, Norman Hakim dan Abby Abadi juga dikenakan kompaun.

Kedua-duannya melakukan kesalahan melanggar SOP kerana melakukan ziarah sempena hari raya pada 1 Syawal lalu (bawah).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS