Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Deepika Padukone, keluarga positif Covid-19
Diterbitkan:  May 5, 2021 3:42 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Bintang Bollywood, Deepika Padukone diuji positif Covid-19 selepas dia dilihat berada di lapangan terbang Mumbai untuk berlepas ke Bangalore, India bersama suaminya, Ranveer Singh bulan lalu.

Pasangan itu dipercayai pulang ke Mumbai untuk meluangkan masa bersama keluarga aktres berkenaan.

Deepika terbang ke Bangalore hanya 15 hari selepas perintah berkurung diumumkan di Maharashta.

Bukan setakat Deepika, bapanya yang juga ikon badminton di India, Prakash, ibunya Ujjala dan adiknya Anisha turut dijangkiti wabak itu.

Bagaimanapun, hingga kini, belum ada maklumat lanjut berhubung kesihatan pelakon Om Shanti Om itu.

Terdahulu, Padukone dimasukkan ke sebuah rumah sakit di Bangalore selepas dia dilaporkan mengidap demam panas.

Dia kini sedang menjalani rawatan untuk Covid-19 dan dikatakan sedang pulih serta dibenarkan pulang dalam minggu ini.

“Sekitar 10 hari lalu, Prakash, Ujjala dan Anisha mengalami simptom (Covid-19) dan terus membuat ujian.

“Hasil keputusan didapati positif. Namun, mereka dalam keadaan baik sekarang. Diharap mereka akan dibenarkan pulang dalam masa 2, 3 hari lagi,” kata rakan karib Padukone, Vimal Kumar.

Menurut data rasmi, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di India melepasi 20 juta dengan lebih 200,000 kematian semalam sehingga mencetuskan kacau-bilau di kebanyakan hospital negara itu.

Pun begitu, beberapa pakar menjangkakan jumlah sebenar adalah lebih tinggi.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS