Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun
Diterbitkan:  May 4, 2021 3:03 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun, demikian menurut The Walt Disney Company hari ini.

Pengguna boleh melanggan secara terus perkhidmatan ini dengan harga RM54.90 selama tiga bulan, atau melalui pakej khas yang disediakan dengan kerjasama Astro.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata perkhidmatan penstriman menawarkan penonton cara baharu untuk menikmati kandungan yang disukai daripada jenama hiburan syarikat, termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic.

Menurut pengurus besar Walt Disney di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara David Shin, pelancaran Disney+ Hotstar di Malaysia dengan kerjasama Astro, merupakan kejayaan penting bagi syarikat kerana ia membolehkannya memperluas tapak di Asia Tenggara serta melebarkan penawaran hiburan kepada pengguna di rantau ini.

"Kami sangat gembira dapat memberikan pelbagai jenis kandungan kepada semua peringkat umur melalui platform bertaraf dunia kami, merangkumi yang terbaik daripada jenama Disney dalam pelbagai genre," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Henry Tan berkata: "Pelanggan kami berhak mendapat hiburan yang hebat dan penambahan Disney+ Hotstar dengan rancangan digemari, pengenalan tempatan dan siaran sukan yang tiada tandingan akan menggembirakan mereka”.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS