Usahawan selebriti Nur Sajat terus mencetus kontroversi apabila memuat naik kenyataan berkaitan Islam.
Melalui Insta Story, dia mendakwa, ada segelintir pihak yang "memintanya" menjauhi Islam.
“Orang dalam agama yang minta minta sangat aku jauh dari Islam,” katanya.
Menurutnya, semakin dia mempertahankan dirinya, lagi teruk dia dibuli.
“Mereka buli, hukum dan hina aku.
“Orang-orang ni acah alim. Semua dok maki, hina, herdik, dan beri sindiran,” tulisnya.
Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir prosiding sebutan semula kes berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Februari lalu.
Namun, dia dipercayai meloloskan diri untuk bersembunyi di Thailand menggunakan lorong tikus.