Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Neelofa kenang semula detik kisah cinta berputik
Diterbitkan:  Apr 14, 2021 4:33 PM
Dikemaskini: 9:13 AM

Usahawan popular, Noor Neelofa, mengimbas semula detik bagaimana berputiknya rasa cinta dia dengan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail sekitar tahun lalu.

Melalui sesi siaran langsung di Instagram Markaz Tijaari baru-baru ini, Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz sedang membelek senaskhah al-Quran.

Neelofa mendedahkan, kisah itu bermula selepas Haris tertinggal al-Quran tersebut di rumahnya.

“Inilah al-Quran yang Haris bawa untuk bertarawih dengan kami semua semua tahun lalu pada bulan Ramadan, iaitu masa cinta mula berputik.

“Selesai solat, dia pun tertinggal al-Quran ini di rumah dan saya pun ‘kebas’ al-Quran ni.

“Kemudian, saya jadikan al-Quran ni untuk kelas tilawah. Bila Haris minta al-Quran ni semula, saya kata tak boleh.

"Saya bagitahu dah tanda dan guna dalam setiap kelas. Tak boleh ambil,” katanya.

Neelofa yang dulu pelakon dan pengacara itu kemudian mengajukan pertanyaan kepada Haris: "Ikhlas ke bagi?"

Sementara itu, melalui komen-komen yang ditinggalkan di laman Instagram Lofa.Haris yang memuat naik hantaran video berkenaan, ramai memuji kemesraan pasangan tersebut.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS