Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Serina nafi bernikah dengan suami orang di Siam
Diterbitkan:  Apr 10, 2021 6:54 PM
Dikemaskini: 11:22 AM

Pelakon Serina Redzuawan menafikan bernikah dengan lelaki pilihannya di negara jiran seperti didakwa bapanya Chef Wan dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Menurut Serina, dia berharap penjelasan yang diberi hari ini dapat menamatkan segala fitnah atau salah faham yang dikaitkan kepada dia dan suaminya.

Serina juga menegur netizen agar tidak mudah menghukum seseorang sambil menambah fitnah kepada dia berdua.

“Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah dan dia kata kami kahwin di Siam, itu adalah tidak benar. Kami bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia.

“Jadi berhentilah buat tuduhan serta fitnah, besar dosanya nak menjawab di akhirat nanti.

"Sebab itu kalau kita tak tau, jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain,” katanya.

Dakwanya Chef Wan - atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail - sebenarnya sudah mengetahui perkara tersebut terlebih dulu selepas dia dimaklumkan.

“Papa dah tau kami nikah saya dah maklumkan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.

“Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam. Fikirlah logik. Sempadan pun tutup, mana buka,” katanya.

Ada cuba hasut bapa

Semalam Malaysiakini menyiarkan dakwaan Chef Wan yang antaranya menyebut selepas bernikah secara sembunyi, baru Serina memaklumkan perkara itu kepadanya. Ia berlaku kira-kira dua minggu lalu.

Kata Chef Wan, Serina baru memaklumkan perkara tersebut kerana dia ingin mengadakan kenduri doa selamat di Malaysia selain menjamu tetamu di restoran miliknya. 

Serina sebelum itu mendedahkan berita pernikahannya dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidi di Instagram.

Chef Wan juga mendakwa atas alasan tertentu, dia meminta Serina untuk tidak terburu-buru dengan keputusan untuk berkahwin kerana ingin menyiasat latar belakang Meor Mohammad terlebih dulu.

Pada masa sama, Serina, 38, turut menafikan lelaki dikahwininya itu masih suami seseorang.

“Suami saya bukan suami orang, dia duda. Sebelum kenal saya, mereka memang dah ada masalah perkahwinan jarak jauh serta belum dikurnikan zuriat," katanya.

Mengulas konflik itu lebih lanjut, Serina berkata, dia percaya ada indvidu tidak senang melihat kebahagiaannya ketika ini dan menghasut bapanya itu.

“Semua yang terjadi atas izin Allah. Jodoh kami dah tertulis. Memang saya akui ramai yang hasut papa dan cucuk papa macam suka tengok keluarga kami hancur.

“Saya sentiasa hormati bapa saya. Kami tak ada masalah pun selama ni. Realitinya, papa sendiri ada pos di Instagram dia sebelum ni (bahawa) dia restu hubungan kami bernikah benda baik halalkan hubungan dituntut dalam Islam.

“Siap cakap makan makan di restoran papa je nanti untuk kenduri jamuan doa selamat," katanya.

Pun begitu Serina berkata dia memaafkan orang yang melemparkan fitnah kepada mereka. Malah dia berdoa pihak terbabit diberikan hidayah.

Dalam kenyataan sama, Serina berharap agar keluarga mentuanya dihormati.

“Tolong hormat juga keluarga belah mentua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS