Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pergolakan rumah tangga Nadia dan Muizz akhirnya bertemu titik noktah
Diterbitkan:  Apr 5, 2021 9:56 PM
Dikemaskini: 1:56 PM

Selepas dituduh berlaku curang, pelakon Nadia Brian mengesahkan dia dan suami Muizz Nasruddin sudah bercerai talak satu, kelmarin.

Nadia berkata, lafaz itu dilakukan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.

“Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat jam 8.20 malam. Dah selesai semuanya. Alhamdulillah saya OK,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Isu pergolakan rumah tangga mereka mula dihidu umum sejak Oktober tahun lalu. Ia susulan Muizz mendakwa Nadia curang terhadapnya.

Mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November 2019.

Bintang filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu berkata, kini fokusnya adalah pada bidang lakonan serta keluarga terutama ibu dan neneknya.

“Saya perlu fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya ingin jaga ibu dan nenek. Nenek masih ada, justeru kenalah berbakti pada orang yang lebih tua,” katanya. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS