Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Didakwa langgar SOP, polis siasat majlis perkahwinan Neelofa, PU Riz
Diterbitkan:  Mar 28, 2021 1:25 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Majlis perkahwinan pengacara dan pelakon Neelofa dengan pendakwah selebriti Haris Ismail yang berlangsung semalam, mengundang kontroversi selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Ketua Polis Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kertas siasatan sudah dibuka untuk meyiasat dakwaan itu.

Ditanya sama ada polis akan menghubungi pasangan itu, Zainal membayangkan siasatan akan dibuat terlebih dahulu.

"Kita panggil penganjur dan (pengurusan) hotel dulu," katanya kepada Malaysiakini.

Semantara itu, Utusan Malaysia memetik Mohamad Zainal sebagai berkata, siasatan mendapati majlis itu - yang dibuat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan dihadiri kira-kira 150 orang - gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), katanya lagi.

Antara orang kenamaan yang hadir dalam majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad yang turut memberi tazkirah ringkas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS