Perkongsian imej memaparkan jambangan bunga mawar merah dengan kata-kata romantis seperti menjelaskan situasi hubungan selebriti media sosial Zarina Anjoulie dengan Eilyas Azhar.
Melalui Instagram pula, pelakon itu secara berseloroh berkata wanita-wanita lain sudah boleh berhenti menghantar mesej kepada Eilyas, atau Yas, kerana mereka sudah rujuk kembali sebagai suami isteri.
"Wahai perempuan-perempuan yang direct message (DM) Yas, aku rasa sekarang kamu sudah boleh berhenti DM laki (suami) aku ya...Tak marah, pesan je…Saya dan Yas dah rujuk,” katanya.
Hantaran berkenaan bagaimanapun dipadam Zarina selepas beberapa minit ia dimuat naik di Instagram.
Pada perkongsian di Instagram Story, Zarina berkongsi aktiviti seharian dilakukan bersama Eilyas termasuk menghantar kereta di sebuah bengkel.
Pada akhir Januari lalu, Zarina tiba-tiba mengumumkan perkahwinan yang dibina tidak sampai setahun dengan Eilyas telah putus di tengah jalan.
Ketika itu, Zarina berkata keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik buat mereka.
Dia juga berkata ingin memberi tumpuan kepada kerjaya, keluarga dan anaknya.
Sebelum bertemu Eilyas, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei, Pangiran Mohd Ilham Syazwan pada 2015, namun mereka bercerai pada Disember 2016.
Melalui perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.