Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Andi dakwa disantau wanita, penat rebah, cakap Siam, mengilai

Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee mendakwa menjadi mangsa ilmu hitam hingga menyebabkan dirinya bertindak di luar kawalan seperti mengilai-ngilai selain tiba-tiba boleh bertutur dalam bahasa Siam.

Dakwa Andi lagi, santau itu meninggalkan kesan kepada tubuhnya sehingga dia bertindak seperti orang tidak waras.

“Maaf semua, saya tak boleh nak terima sebarang temubual buat masa ni. Saya perlukan rehat, saya tak boleh bercakap, saya tak boleh nak fikir.

“Nanti benda tu datang balik. Aku penat la rebah-rebah, lepas itu cakap Siam, mengilai-mengilai.

“Alhamdulillah, terima kasih awak... saya tak tahu apa salah saya pada awak. Apa-apa pun ini semua ujian Allah,” katanya melalui Instagram.

Terdahulu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 29, memuat naik rakaman video menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur dan penemuan bangkai katak yang sudah kering.

Sementara itu, melalui aplikasi WhatsApp kepada Malaysiakini, pengurus Andi iaitu Nasir Deraman (gambar, bawah) memberitahu penyanyi lagu Penat itu sedang berehat dan minta diberi ruang dalam proses pemulihan diri.

Katanya, ustaz dipanggil untuk merawat Andi - yang juga popular melalui lagu Donde dan Satu Peluang itu - memberitahu kemungkinan penyanyi berkenaan terkena buatan orang

“Andi cakap tak serupa bikin, ada bercakap seorang diri dalam bilik air, dia bukan Andi yang saya kenali. Kata ustaz, pelakunya adalah seorang wanita,” katanya.

Diminta mengulas sekiranya dia ada mengesyaki perbuatan mana-mana individu yang memusuhi Andi, Nasir berkata, tidak mungkin perkara itu boleh berlaku.

“Mungkin Andi tak kenal dia atau peminat fanatik yang tak dilayan. Setahu saya, Andi juga kurang bersosial.

"Dia bukan jenis suka melepak. Habis saja kerja dia terus balik rumah,” katanya.

Nasir memohon agar peminat mendoakan kesihatan Andi selain berharap dia diberi kesembuhan dengan segera.

“Saya harap peminat bantu doakan Andi supaya dia kuat dan boleh melawan apa yang sedang dihadapinya.

"Saya berharap dia boleh kembali bertugas seperti biasa dengan cepat selepas sembuh,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS