Penyanyi Indonesia, Gisel Anastasia mengaku dirinya adalah wanita dalam klip video seks yang tular di media sosial tidak lama dahulu.
Perkara itu disahkan oleh pihak polis selepas peserta Indonesian Idol musim ke lima itu membuat pengakuan ketika siasatan dilakukan, lapor Kompas.
"Saudari Gisel Anastasia mengaku bahawa memang video yang ada itu atau yang beredar di medsos adalah dirinya sendiri," kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus.
Polis berkata rakaman itu dilakukan pada 2017 di Medan, Indonesia ketika ibu seorang anak itu masih berstatus isteri kepada aktor Gading Marten.
"Dia mengakui bahawa itu dirinya sendiri dan terjadi sekitar tahun 2017. Di salah satu hotel di Medan," lapor sebuah portal lain memetik kenyataan Yusri.
Yusri berkata, pengakuan Gisel itu sekali gus mengesahkan keputusan ujian forensik oleh ahli forensik dan pakar teknologi maklumat sebelum ini.
Sebelum ini Gisel dan lelaki yang dikenali sebagai Michael Yukinobu Defretes merupakan suspek dalam klip video seks selama 19 saat yang tular di media sosial.
Di Indonesia, pembikinan video pornografi merupakan kesalahan dari segi undang-undang.
Gading Marten dan Gisella Anastasia berkahwin pada 2013.
Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak.
Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada Jan 2019.