Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bintang Youtube direman 2 hari atas dakwaan mencabul
Diterbitkan:  Dec 11, 2020 1:19 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Seorang bintang Youtube ditahan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan atas tuduhan mencabul seorang wanita berusia 24 tahun, lapor portal Harian Metro.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadap suspek berusia 22 tahun itu.

Terdahulu, bintang Youtube yang juga merupakan pengarah drama siaran media sosial itu tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 10.35 pagi tadi diiringi polis.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, bintang Youtube tersebut telah ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang wanita dalam kejadian di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Kota Bharu, pada Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata suspek ditahan selepas tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu jam 10.30 pagi, semalam.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran drama untuk siaran saluran Youtube.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS