Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Alif Satar positif Covid-19, separuh akhir Muzik Muzik 35 ditunda
Diterbitkan:  Nov 22, 2020 9:57 PM
Dikemaskini: Nov 24, 2020 3:15 AM

Separuh akhir Muzik Muzik 35 yang dijadual bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini ditunda susulan salah seorang penyanyi yang terbabit dalam program itu, Alif Satar, disahkan positif Covid-19.

Alif turut membuat persembahan dalam Muzik Muzik 35 Separuh Akhir pada 20 November lalu, yang diadakan di Sri Pentas 2 di Shah Alam, Selangor.

Dia disahkan positif semalam dan hari ini penerbit Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu.

Alif menjalani ujian saringan Covid-19 setelah mengetahui seorang individu yang ditemuinya pada 17 Nov lalu positif wabak itu.

Menurut STMB, pihaknya kini bekerjasama dengan KKM dan penyanyi itu untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pergerakannya bagi mengurangkan risiko penularan terhadap kakitangan dan semua yang terlibat dalam program pada 20 Nov itu.

Kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) oleh KKM.

Sehubungan itu, STMB berkata pihaknya memutuskan untuk menunda acara malam ini ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin, manakala mereka yang menjadi kontak rapat dengan Alif menjalani ujian Covid-19, kata STMB.

Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan (swab test) Covid-19. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS