Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mustaqim dikompaun RM1,000 dua langkah dari kedai sendiri
Diterbitkan:  Nov 17, 2020 2:16 PM
Dikemaskini: 6:16 AM

Pelakon Mustaqim Bahadon mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah arahan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan umum.

Mengambil contoh dirinya, hanya kerana hendak ‘berasap’, dia menerima denda dan hukuman atas kesalahan menanggalkan pelitup muka ketika berada berhampiran dengan kedainya.

“Hangpa (anda) semua janganlah tanggalkan mask (pelitup muka) walaupun sekejap. Saya baru kena kelmarin depan kedai saya.

“Dua langkah je depan kedai saya dok (tengah) berasap. Terkono (terkena) RM1,000.

“Tapi tulah macam mana nak ‘berasap’ kalau pakai pelitup muka kan,” katanya di Instagram sebentar tadi.

Mengakui dia gagal mematuhi peraturan, kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, pelitup muka wajib dipakai walaupun ketika sedang bekerja di tempat sendiri.

“Saya mengaku salah saya. Anda semua, Jaga prosedur operasi standard (SOP).

“Jangan ambik mudah! Walaupun anda berseorangan, anda wajib pakai pelitup muka walaupun di kawasan kedai anda sendiri,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS