Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
M Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas

Penyanyi veteran, Muhammad Daud Kilau atau lebih dikenali sebagai M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) petang semalam selepas mengadu sesak nafas.

Menurut anaknya Ahmad Zaini, bapanya yang berumur 82 tahun itu mengadu sesak nafas sejak kelmarin dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan sebelum kembali sesak nafas semula pagi semalam.

"Kami membawanya ke klinik tetapi dihantar ke HTI dengan ambulans dan mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pada pukul 3.15 petang tadi (semalam). Keadaan ayah agak lemah namun stabil dan dia juga boleh bercakap," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Ahmad Zaini turut berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan ayahnya yang berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lepas.

Pelantun lagu Cek Mek Molek yang sering dirujuk sebagai Raja Gelek itu mempunyai penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang, selain keadaan jantung tidak stabil.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS